Ramai antara kita yang mengalami susu kurang ataupun susu tidak keluar. Banyak faktor yang menyebabkan susu kurang ni, umee dah lalui banyak pengalaman dalam mengendalikan anak umee. Orang kata, cik B kita besar, kita banyak susu!! oh no, no, no... bagi umee, xkira cik B besar ke kecik..yang penting cara macaman kita memperbanyakkan susu.
Salah satunya ialah disebabkan pemakanan. uollls semua rasa apa yg kita makan tu, boleh menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti? hurmm hurmmm..kena ikuti tips yg umee akan sajikan nanti ni. uooolsss kena belajar cara bagaimana nak banyakkan susu uoolllsss...
Perkara asas, uooolllss jangan stress, sebab bila uooollls stress..produktiviti susu akan terganggu. bila terganggu, uooolllss lagi tertekan dengan keadaan susu xnak keluar, susu malu2 nak keluar dan lagi stressssssSSS bila baby comel uooollls meragam dan juga berat badan tidak naik2.. huiihhhh!!! risau lah tentang keadaan ini moommy.. sebab, kita masa tu, tengah dalam pantang. Dalam pantang, kita kena tenangkan diri...tenangkan emosi..
ok lets go to point asal...cara menambah susu mommy, untuk si comel kita.
1) Lobak putih - uooollls buat sup pun sedap. kalau kisar..umee pun xlalu!!!
2) Sawi - mommy dalam pantang boleh makan sawi ye..sawi sangat membantu dalam menambah susu ibu ye
3) Kucai - haaaa daun hijau yg panjang2 tu..yg selalu org buat cucur udang ke, goreng mee ke!!!
4) Pegaga - haaaa, sedap kalau buat jus tau!! selain itu, fungsi pegaga ialah menyegarkan kita! sedap tau!!!
5) Peria - yang ni pahit sikit, tapi try lah...(kalau nak kurangkan pahit..rendam dalam air garam sebelum masak)
6) Halba - yang selalu kita masak kari, sup tu!!! halba ni..uoollls rendam dalam air dan minum airnya ye.
7) Barli - ermmmm, lazat kalau kita buat minuman harian..selain dapat mencuci perut dan saluran kita.
8) Susu - produk tenusu memang sangggat membantu tau...boleh juga beli susu anmum yg breastfeed punya.
9) Kurma - makanan sunnah juga ternyata membantu dalam penghasilan susu yg banyak.. kismis pun boleh selain itu...ia dapat menjana iq anak dengan lebih tinggi.
10) Kacang soya - minumlah soya atau tempe dan juga tahu...
uooolllsss kena try n error tau, sebab xsemua badan mommy sesuai dengan list diatas ni. semuanya ikut kesesuaian mommy..bila mommy makan dan lihat perubahannya.. jika ada perubahan, mommy boleh terus amalkan sebagai makanan yg menyumbang kepada penghasilan susu mommy.
Macam umee, umee punya milk booster, umee kena makan kurma dan juga kucai..ermm..kalau lebih 2 jam aje, kompom cik B umee akan penuh dan akan jadi bengkak susu, bila ianya tidak dikeluarkan. Umee akan cuba, usaha apa sahaja yang org kata ini berkesan untuk tambah susu ibu. Umee nak yang terbaik untuk anak-anak Umee. Sebab umee tahu, susu ibu adalah susu yang terbaik! dan bayi uollls hanya minum susu ibu dari lahir sehingga bayi berusia 6 bulan. xboleh beri makanan pejal selain susu ibu.. ingat ye mommy!!! uoollls jangan beri solid food before baby uooollls 6monts.Sebab, usus mereka masih kecil..usus mereka xboleh hadam apa jua makanan pejal yg masuk ke usus mereka even uoollls buat air kanji, apa lagi nestum!!! huiiihhhsss...sayangilah baby uoolssss ye.
okey, umee harap listed di atas dapat memberi panduan untuk mommy menambah susu mommy untuk si kecil tau.. jangan bagi apa2 alasan.. sebab kalau nak, seribu usaha..kalau xnak, seribu dalih!!! try mommy.. tanamkan niat untuk menyusu baby uooolllsss sejak mereka dalam perut lagi. bagi kata-kata positif pada diri uooollls dan juga pada baby tu. Ransang penghasilan susu sebelum baby lahir. Sediakan kelengkapan untuk menyusu secara ekslusif.. ingat ye, banyakkan ilmu mommy dengan susu ibu....
"Susu ibu, Susu Terbaik"
Salam sayang dari umee...
umee doakan uooollls dapat memberikan baby comel uoools dengan susu berkhasiat iaitu susu cap gantung!! hihi.. semoga uooolllsss dapat menyusukan bayi sehingga umur 2 tahun. insya allah...
No comments:
Post a Comment